Ads 468x60px

Saturday 25 April 2015

Sweet Saturday dan Butter Garlic Lobster

Happy weekend eblibadi!!!...Wah..seronoknya sekarang ni berkesempatan lagi untuk update belog ni. Adam pun masih tidur lagi. Harap-harap sempat habiskan nukilan rasa hari ini sebelum dia bangun. Kalau dia dah bangun memang dah tak de peluang. Bukan sebab sibuk nak jaga dia, tapi sebab dia berebutkan laptop ni. Adam ni memang sangat sukakan gadget. Walaupun dia dah ada Samsung Galaxy Tab for Kids tu, tapi bila nampak benda yang bukan dia punya mesti dia nakkan sekali.

Sebenarnya tak sabar nak catatkan feeling hari ini untuk diingati suatu hari nanti. Berbandingkan hari semalam di mana saya gundah gulana , hari ni awal pagi lagi hati ini telah digembirakan. Awal pagi , selepas subuh, encik suami ke pasar minggu Serikin. Balik-balik dia bawakan 2 ekor lobster/udang kara dan beberapa ekor udang galah. Whooopsssss....besarnya lobster tu!


Sempat snap gambar lobster je sebab bukan selalu dapat beli ni. Harganya pun mahal. Rasanya last makan lobster pun dalam 6 ke 7 tahun yang lepas. Menurut encik suami harga seekor ialah RM50. Dia beli sebab kebetulan tak de orang lain yang nak beli. Haha...macam poyo je alasan. Tapi memang betullah sebab biasanya kena berebut dengan peniaga-peniaga yang membeli secara borong. Oh ya...kampung saya dekat sangat dengan Pasar Serikin. 

Tak tau pasar Serikin tu apa? Pasar Serikin ni ialah sebuah kampung yang berada di sempadan antara Indonesia dengan Malaysia. Pada hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad, peniaga-peniaga dari sana akan datang berniaga di Kampung Serikin ni. Macam-macam barang ada dijual. Dari kain, pakaian, sayuran, makanan, buahan, tikar, telekung dan banyak lagi.Memang glemerlah sehinggakan ia menjadi salah satu tourist spot untuk kebanyakan pelancong dari Semenanjung. Ini kerana harga barang yang sangat murah. Malahan ia juga di panggil "Little Bandung". 

Ok...back to lobster story.Sebenarnya saya ni manalah pernah masak lobster.Maklumlah benda mahal kan...bukannya boleh dapat hari-hari. Kalau udang galah tu adalah juga menu yang biasa dibuat. Huhuhu...rasa cuak juga takut nanti masak tak sedap. Bagi saya, setiap benda yang nak di masak tu kita kenalah pandai appreciate value dia. Kena tonjolkan rasa yang menjadi identitinya. Hokaloh......ni penangan selalu sangat tengok Masterchef la ni.

So google-punya google finally terjumpa menu mudah but nampak sangat sedap iaitu lobster masak butter and garlic. Resepi saya cedok dari blog Seri Kandi Tanah Jauhar .

Butter and Garlic Lobster

Bahan-bahan :

Lobster 
1/2 buku butter (125 gm)
5 ulas bawang putih (cincang kasar)
11 tangkai cili padi (hiris kasar)
3/4 tin susu cair
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu)
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja)
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya

Caranya :

1. Panaskan periuk kukusan. Bersihkan lobster, buang janggut dan tongkatnya. Kukus lobster 15 - 20 minit. Belah dua lobster. Cara mudah membelah, belah dari bahagian bawah (kaki) lobster.
2. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali.
5. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang dikukus tadi.
6. Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap.
7. Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng cina.

Hasilnya.....


Hahaha...sorry, plating memang out. but seriously rasanya memang sedap gila! Kemanisan dan kesegaran rasa lobster memang terasa and sosnya memang ohsem. Me and encik suami makan separuh je sebab separuh pun dah banyak untu 2 orang. Baki simpan untuk dinner. Hahaha... definitely akan masak macam ni jugak untuk yang sekor lagi. haha....

Perut dah kenyang, maka marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas rezeki ini. Next time boleh try resepi lain pula.




0 comments:

Post a Comment

 

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.