Ads 468x60px

Featured Posts

Promosi bulan Ini

Dapatkan 1 canister Mealshake percuma dengan setiap pembelian 6 unit. Penjimatan melebihi RM100. Sah sehingga hujung bulan ini sahaja.

Vivix - Si Tonik Ajaib

Vivix tidak dikenali dengan nama jolokan Si Tonik Ajaib kalau ia bukan benar-benar menghairankan ramai pengamal perubatan.

Bisnes dengan RM75? Ada ke?

Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Wednesday 3 June 2015

Menghitung Hari - Jangan Stress


Lama tak buat posting baru kan. Sekarang ni saya dan suami serta Adam sedang menanti dengan penuh tak sabarnya kelahiran baby baru kami yang EDD-nya 7 Jun ini. Tinggal 3 hari je tau. Mana tak berdebarnya. Hari-hari berharap keluar tanda-tanda nak bersalin namun tetap juga tak kunjung tiba. Seperti yang semua tau antara tanda-tanda nak bersalin termasuklah:-

  • pecah air ketuban
  • keluar lendir bercampur darah
  • kontraksi konsisten setiap 5 atau 3 minit.
Inilah tanda-tanda yang major. Pecah air ketuban dengan keluar lendir campur darah tu memang setakat ni tak ada. Kontraksi memang setiap hari cuma ianya tidak konsisten. Sejak dari hamil di minggu 28 hingga ke hari ni, memang akan mengalami perut mengeras yang menyebabkan sakit yang amat sangat. Mula-mula dulu cuma sekali sehari biasanya waktu malam time tengok drama korea yang mana berterusan selama 2 hingga 3 jam. Kemudian sakit tu hilang. Sejak beberapa minggu ni pula, sakit mengeras tu makin kerap berlaku. Kadang-kadang hingga 3 sesi, iaitu pagi, petang dan malam. Setiap sesi biasanya berakhir selepas 2 hingga 3 jam. Sakitnya memang susah nak explain. Yang pasti ianya sakit sangat dari atas perut sehingga ke bawah perut. Rasa ngilu pada bahagian s***t pun ada.



So boleh faham lah kan kenapa saya tak sabar sangat nak melahirkan anak ni. Bukan setakat tak tahan menganggung sakit dan penat membawa badan nan berat je, malahan sudah tak sabar menatap wajah orang baru yang bakal menjadi penyeri keluarga kami. Tiap pagi bangun berharap ada air ketuban keluar macam masa nak bersalinkan adam dulu, tapi tak de. Tiap kali datang sakit kontraksi atau "Braxton Hicks", walaupun sakit sangat, jauh disudut hati mengharapkan kesakitan itu berterusan dan mulai konsisten. Namun hampa tiap kali ia berakhir.

Akhirnya terpaksa pujuk hati, mengatakan Allah maha Mengetahui dan Allah itu maha Halus. Sesungguhnya semuanya telah diaturkan dan di setiap aturan itu ada hikmah disebaliknya. Ada sebab kenapa dilambatkan. Mungkin untuk kebaikan kita atau mungkin untuk kebaikan orang lain yang kita hamba Allah ini tak nampak. Hanya Dia yang mengetahui. Sabar sajalah.....

Hari ni kena pergi appointment Nurse dan Doktor kat KK untuk minggu 39. Hmm....fed up sebenarnya bab menunggu giliran tapi kena harung jugalah. Nak buat camana kan...demi kebaikan baby and diri sendiri juga. 

Hmm...ada siapa-siapa yang tengah menunggu seperti saya? Mesti tengah sibuk menggoogle dan mencuba tips mempercepatkan bersalin kan? Hihi...agaknya petua mana yang paling berkesan?




Saturday 25 April 2015

Sweet Saturday dan Butter Garlic Lobster

Happy weekend eblibadi!!!...Wah..seronoknya sekarang ni berkesempatan lagi untuk update belog ni. Adam pun masih tidur lagi. Harap-harap sempat habiskan nukilan rasa hari ini sebelum dia bangun. Kalau dia dah bangun memang dah tak de peluang. Bukan sebab sibuk nak jaga dia, tapi sebab dia berebutkan laptop ni. Adam ni memang sangat sukakan gadget. Walaupun dia dah ada Samsung Galaxy Tab for Kids tu, tapi bila nampak benda yang bukan dia punya mesti dia nakkan sekali.

Sebenarnya tak sabar nak catatkan feeling hari ini untuk diingati suatu hari nanti. Berbandingkan hari semalam di mana saya gundah gulana , hari ni awal pagi lagi hati ini telah digembirakan. Awal pagi , selepas subuh, encik suami ke pasar minggu Serikin. Balik-balik dia bawakan 2 ekor lobster/udang kara dan beberapa ekor udang galah. Whooopsssss....besarnya lobster tu!


Sempat snap gambar lobster je sebab bukan selalu dapat beli ni. Harganya pun mahal. Rasanya last makan lobster pun dalam 6 ke 7 tahun yang lepas. Menurut encik suami harga seekor ialah RM50. Dia beli sebab kebetulan tak de orang lain yang nak beli. Haha...macam poyo je alasan. Tapi memang betullah sebab biasanya kena berebut dengan peniaga-peniaga yang membeli secara borong. Oh ya...kampung saya dekat sangat dengan Pasar Serikin. 

Tak tau pasar Serikin tu apa? Pasar Serikin ni ialah sebuah kampung yang berada di sempadan antara Indonesia dengan Malaysia. Pada hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad, peniaga-peniaga dari sana akan datang berniaga di Kampung Serikin ni. Macam-macam barang ada dijual. Dari kain, pakaian, sayuran, makanan, buahan, tikar, telekung dan banyak lagi.Memang glemerlah sehinggakan ia menjadi salah satu tourist spot untuk kebanyakan pelancong dari Semenanjung. Ini kerana harga barang yang sangat murah. Malahan ia juga di panggil "Little Bandung". 

Ok...back to lobster story.Sebenarnya saya ni manalah pernah masak lobster.Maklumlah benda mahal kan...bukannya boleh dapat hari-hari. Kalau udang galah tu adalah juga menu yang biasa dibuat. Huhuhu...rasa cuak juga takut nanti masak tak sedap. Bagi saya, setiap benda yang nak di masak tu kita kenalah pandai appreciate value dia. Kena tonjolkan rasa yang menjadi identitinya. Hokaloh......ni penangan selalu sangat tengok Masterchef la ni.

So google-punya google finally terjumpa menu mudah but nampak sangat sedap iaitu lobster masak butter and garlic. Resepi saya cedok dari blog Seri Kandi Tanah Jauhar .

Butter and Garlic Lobster

Bahan-bahan :

Lobster 
1/2 buku butter (125 gm)
5 ulas bawang putih (cincang kasar)
11 tangkai cili padi (hiris kasar)
3/4 tin susu cair
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu)
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja)
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya

Caranya :

1. Panaskan periuk kukusan. Bersihkan lobster, buang janggut dan tongkatnya. Kukus lobster 15 - 20 minit. Belah dua lobster. Cara mudah membelah, belah dari bahagian bawah (kaki) lobster.
2. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali.
5. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang dikukus tadi.
6. Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap.
7. Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng cina.

Hasilnya.....


Hahaha...sorry, plating memang out. but seriously rasanya memang sedap gila! Kemanisan dan kesegaran rasa lobster memang terasa and sosnya memang ohsem. Me and encik suami makan separuh je sebab separuh pun dah banyak untu 2 orang. Baki simpan untuk dinner. Hahaha... definitely akan masak macam ni jugak untuk yang sekor lagi. haha....

Perut dah kenyang, maka marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas rezeki ini. Next time boleh try resepi lain pula.




Friday 24 April 2015

Gundah Gulana - Buku Zikir Ayat Kursi

Hati dan jiwa saya sekarang sebenarnya sedang gelisah, gundah gulana dan tidak tenang. Ada banyak permasalahan berlegar di sekeliling. Ini membuatkan diri sedikit hampa dan kecewa. Hati hampa dan kecewa kerana saat perasaan tidak menentu ini, tiba-tiba saja teringat isi buku yang baru habis dibaca semalam. Isinya lebih kurang begini (malas nak cari balik buku) :)

"ketidaktengan hati dan hati yang sentiasa resah gelisah itu terjadi kerana hati yang tidak mengingat Allah"

Astagfirullah....hati terus bertambah sedih. Baru sebentar tadi menunaikan solat Asar. Hati tetap tidak tenang. Apakah itu bermakna ibadahku tidak cukup khusyuk? Terus rasa berdosa dan sia-sia. Hmm....apa nak di buat? Dalam hati menjerit-jerit hendak meluahkan apa yang terbuku di hati pada seseorang. Tapi mencari-cari pada siapa hendak mengadu, tidak pula bertemu. Bukan apa, jika diluah, mungkin akan mendatangkan masalah lain. Ada juga rasa nak membebel di Facebook atau twitter. Tapi itu bukan caraku. Tak pasal-pasal boleh buat dosa baru, atau menjadi fitnah. Hmmm...

Finally, saya korek rak buku agama. Heheh.....Ini dia bukunya yang menjadi pilihan untuk dibaca...


Baru baca sikit terasa hati rasa tenang semula. Ada banyak info yang bermanfaat di dalamnya membuatkan rasa teruja nak menulisnya di mana-mana. Untuk info, saya  ni jenis yang bila membaca suka salin benda-benda yang best dalam buku tersebut. Malahan masa masih belajar dulu, tiap kali buat ulangkaji, tiap kali tu jaga akan buat nota ringkas baru. 

But sementara Mohamed Adam sedang tertidur pulas, saya buat keputusan apa kata taip kat blog aje...tak habis hari ni boleh sambung-sambung.  Betul tak? Buat pengetahuan, Ayat Kursi adalah ayat ke-4yang saya hafal sejak memeluk agama Islam.Yang pertama adalah Al-Fatihah, Kedua, doa makan, ketiga pula adalah bacaan-bacaan dalm solat. Teringat juga masa cuba menghafal ayat kursi ni, pergi ke kedai makan pun saya still cuba menghafal. Alhamdulillah dalam masa sehari je dah boleh hafal masa tu, tapi masa tu belum hafal maknanya lagi.

Blog aku suka hati akulah...haha....yang penting....ia boleh menenangkan hati. Jika ada yang menyinggah membaca...moga bermanfaat buat kalian.

Antara yang menarik perhatian:-

  • Imam Muhammad al-Baqir berkata, "Barang siapa yang setelah wuduk  membaca Ayat Kursi 1 kali, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala ibadah selama 40 darjat dan menikahkannya dengan 40 bidadari syurga."
Whoopss.....susahke nak amalkan ni? Senang je kan...tak pasal-pasal dapat pahala yang begitu hebat sekali. Insyallah Maghrib ni juga akan saya amalkan dan semoga istiqamah hendaknya. Amin....

  • Rasullulah  saw bersabda kepada Salman al-Farisi, "Wahai Salman,setelah melakukan solat wajib, bacalah Ayat Kursi agar engkau termasuk para hamba Allah yang sejati."
Ok...yang ini memang sedang diamalkan.

  • Rasulullah saw bersabda, "wahai Ali, taktala engkau keluar dari rumahmu untuk suatu pekerjaan dan jika engkau ingin memperolehi kejayaan dalam apa yang engkau cita-citakan, maka bacalah Ayat Kursi dan Insyallah engkau akan memperolehi apa yang engkau cita-citakan."
  • Rasulullah saw bersabda,"Jika Ayat Kursi dibaca di sebuah rumah dan tempat tinggal, maka syaitan tidak akan mendekati rumah itu selama tiga hari"
  • Rasulullah saw juga bersabda, "Barang siapa yang setelah selesai solat lima waktu membaca Ayat Kursi, maka ia selamat dari tipu daya dan bisikan syaitan."
akan kembali bersiaran bila berkesempatan esok lusa. Insyallah....








Tuesday 21 April 2015

We're Expecting Our Second Baby

Assalamualaikum....

Ternyata sudah hampir setahun blog ni dibiarkan tersadai tanpa ada apa-apa update. Ada banyak alasan untuk kejadian ini, antaranya limited internet connection di kampung,  kos mobile data yang mahal (line hotlink je yang ok kat kampung). Suami dan anak dah beli mobile data memasing. Kalau join sekali jadi triplelah kos nya. Hmmm...So mengalah jelah. Lagi alasan sibuk. Tidaklah sibuk mana tapi kalau ada masa yang terluang sikit tu, macam tak cukup untuk browsing and typing and also berkait lagi dengan alasan-alasan di atas. 

So now ada masa sikit then boleh la mencarut. Bukan itu saja, keinginan  untuk ngeblog ni pun agak kuat.

Antara alasan untuk Ngeblog ni adalah nak update kat blog yang tak seberapa ni bahawa sesungguhnya diri sudah berjaya HAMIL. huhu...cumanya...sekarang sudah minggu 33 or 8 bulan baru ada masa nak update. Hahaha....Better late than never kan....Tinggal sebulan lebih sahaja lagi Insyallah akan menimang baby baru. Excited tu memang tak usah cakap lah....sebab memang susah betul nak dapat anak. Adam dulu pun after 3 tahun kahwin baru dapat. Baby ni pun dapat lepas Adam dah nak masuk 4 tahun. Alhamdulillah....dah nak masuk 7 tahun rupanya usia perkahwinan.  Dan Alhamdulillah atas rezeki yang di tunggu-tunggu ini.



Persiapan menyambut baby baru setakat ini ala kadar sahaja. Ada banyak barang-barang Adam yang masih boleh dipakai semula. Adalah juga beli sikit-sikit barang. But maybe nanti hujung-hujung penantian boleh pergi shopping sekali lagi. Insyallah kalau ada rezeki. Maklumlah...nak drive ke bandar kuching punyalah malas dalam keadaan perut besar ni. Pergi balik dah nak 2 jam. Sakit pinggang mak tau...haha...

Buat masa sekarang persiapan ilmulah yang paling saya utamakan. Antaranya ialah ilmu:-

  • Breastfeeding - Malu nak mengaku tapi kenyataannya  saya tak breastfeed Adam dulu kerana tak tahu apa-apa tentang breastfeeding. Adam dah nak masuk 4-5 bulan baru nak ambil tahu tapi masa tu dah terbiasa dengan FM. Hmmm...malu dan rasa bersalah. So this time memang nak cuba betul-betul. Moga-moga dipermudahkan.Amin...
  • Ilmu-ilmu nak melahirkan anak secara normal - Adam dulu dilahirkan secara C-sec.Menurut penerangan doktor, kalau yang second ni pun secara c-sec juga maka anak ke tiga pun perlu dilahirkan secara c-sec dan selepas itu tak dibenarkan mengandung lagi. Tapi kalau this time normal then ada peluang untuk tambah anak lagi. Walaupun. ada pelbagai pendapat tentang isu ini, di mana ada kes-kes mereka yang melahirkan anak secara c-sec lebih dari 3 kali, tapi saya memang nak try bersalin secara normal. Adam dulu kalu boleh pun begitu juga, tapi keadaan tidak mengizinkan. Moga kali ini dipermudahkan.... Amin....
  • Ilmu-ilmu kerohanian - Walaupun terkial-kial saya cuba untuk mendirikan beberapa solat sunat bagi menambah sumber makanan rohani saya. Tak lupa juga dengan zikir-zikir mudah. Insyallah ini nanti akan menguatkan saya dari segi mental dan emosi dan tak lupa juga sebagai hadiah untuk zat yang berada dalam kandugan ini. 
Ilmu-ilmu ini saya dapatkan dari pembacaan di media sosial. Nak beli buku takut tersadai. So google saja, dan tapis-tapis mana yang patut. Ada  juga membaca buku-buku agama yang lama untuk refresh balik minda.

Kalau diikutkan memang nafsu ni nak sangat beli itu dan ini untuk anak ni. Tapi banyak benda lain yang perlu diutamakan. Tambahan lagi pendapatan tidaklah seberapa, jadi cukuplah bersyukur dengan apa yang ada, berusaha untuk menambahkan pendapatan dan juga yakin bahawa anak ini ada rezekinya sendiri. Sesungguhnya Allah itu Maha Halus dan Maha Adil.

Ok...rasanya cukup dulu setakat ini. Insyallah esok lusa boleh update lagi.




Monday 30 June 2014

Puasa Dulu dan Sekarang


Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun ke 7 saya berpuasa. Tahun pertama hanyalah berlatih puasa, masa tu belum lagi memeluk agama Islam. Manakala tahun kedua, saya berpuasa sebagai seorang muslimah, mualaf dan juga seorang isteri. Masa itu duduk di kota damasara di celah kesibukan kota. Oleh kerana belum biasa berpuasa, tenaga cepat habis tak sampai tengahari, namun puasa tetap penuh. Namun saya tak memasak juadah puasa, sebaliknya sentiasa membeli lauk di bazaar ramadhan atau berbuka di kedai. Sahur pula bungkus atau lauk berbuka semalamnya. Hehe...lucu pula bila dikenang balik.

Puasa ketiga, saya duduk di Kajang, ketika itu dengan kakak yang bukan beragama Islam namun kami berbuka bersama. Masa tu saya dan suami memasak untuk juadah berbuka dan seingat saya tahun itu hanya sekali saya mengunjungi bazaar ramadhan di sungai chua, kajang. Masa tu hidup pun agak susah. Hmm....namun masa itulah saya paling banyak menikmati lazatnya nikmat kesyukuran. Meskipun hanya berbuka dengan lauk ikan masin, namun rasa syukur tak terhingga kerana masih diberikan rezeki. Dan rasa bersyukur kerana mempunyai seorang kakak yang baik yang banyak membantu kami.

Puasa tahun ke-empat, saya dan suami duduk di damansara prima. Ketika itu tinggal di flat tingkat 5. Tiada lif. Hmm...jenuh juga nak nai turun. tahun itu saya memasak lauk berbuka dan sekali-sekala berkunjung ke bazaar yang tak jauh dari rumah.Pernah juga berbuka sendirian kerana ditinggalkan suami yang terpaksa outstation kerana tuntutan kerja.

Puasa tahun ke-5, hanya sempat berpuasa seminggu kerana baru habis berpantang. Masa tu baru sahaja melahirkan Mohamed Adam Shahiran kesayangan. Jenuh juga nak gantikan puasa tahun tu. Last minute pula tu. Nasib baiklah sempat habis. Pada penghujung puasa tahun itulah juga kami berpindah ke Bandar Baru Bangi ke rumah yang lebih selesa. Alhamdulillah tahun itu diberikan rezeki dari Allah. 

Puasa tahun ke-6 masih lagi di Bandar Baru Bangi. Puasa tahun ini iaitu tahun 2013, saya memang melantak tak ingat. Asyik ke bazaar ramadhan setiap petang. Memasak pun hanya masak nasi. Bile dikenang balik memang ianya sungguh memalukan . Betapa membazirnya tahun tu. Berat badan pun naik. Arrghh......sungguh memalukan. Bulan dimana kita sepatutnya belajar untuk berlapar dan dan dahaga, berjimat cermat, dan mensyukuri sekecil-kecil rezeki, kami pula membazir-bazir. Ampuni kami Ya Allah...

Puasa tahun ini sangat berbeza sekali bagiku. Hujung bulan Mei tahun ini saya dan suami membuat keuputusan yang besar untuk berhijrah kekampung halamanku di Bau, Kuching. Dan inilah kali pertama aku berpuasa di kampung. Di kampung dimana penduduk beragama Islam boleh dikira dengan jari. Setakat ini, saya memasak sendiri juadah berbuka seawak pukul 5 petang. Waktu berbuka lebih awal iaitu dalam pukul 6.50 petang. Dengan penangan el-nino, memang terasa jugalah cabarannya. Tapi Alhamdulillah, lebih tenang dan mudah kerana ada adik beradik serta orang tua serumah. Bolehlah memasak beramai-ramai. Meskipun kami tidak seagama, namun saling menghormati dan saling membantu. Tahun ini azam bulan ramadhan kami untuk lebih berjimat, lebih bersyukur. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan berkat.

Salam Ramadan  semua.




Friday 2 May 2014

Selamat Datang


Salam satu Malaysia semua yang sudi berkunjung ke blog ini. Salam kenal semuanya. Nama saya Shahrina Shahrin. Saya seorang ibu kepada seorang anak yang teramatlah comelnya yang sudah berumur 2 tahun 9 bulan bernama Mohamed Adam Shahiran aka Adam dan seorang isteri kepada seorang suami yang soleh dan teramatlah baik hati bernama Mohamed Shahrin.

Blog ini di wujudkan Insyallah untuk mencatit perkembangan harian dan juga untuk berkongsi perihal isu-isu semasa dan kesihatan. Insyallah juga saya akan cuba update sekerap yang mungkin.  Jadi sudi-sudikanlah diri klik pada button "Join this site" pada ruangan "Followers" di sebelah atau boleh juga klik pada button "Add to circles" pada ruangan Google+ Follower. 

Sekali lagi salam perkenalan, dan sudi-sudikanlah menjenguk ke blog ini di lain hari. 




 

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.