Ads 468x60px

Monday 30 June 2014

Puasa Dulu dan Sekarang


Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun ke 7 saya berpuasa. Tahun pertama hanyalah berlatih puasa, masa tu belum lagi memeluk agama Islam. Manakala tahun kedua, saya berpuasa sebagai seorang muslimah, mualaf dan juga seorang isteri. Masa itu duduk di kota damasara di celah kesibukan kota. Oleh kerana belum biasa berpuasa, tenaga cepat habis tak sampai tengahari, namun puasa tetap penuh. Namun saya tak memasak juadah puasa, sebaliknya sentiasa membeli lauk di bazaar ramadhan atau berbuka di kedai. Sahur pula bungkus atau lauk berbuka semalamnya. Hehe...lucu pula bila dikenang balik.

Puasa ketiga, saya duduk di Kajang, ketika itu dengan kakak yang bukan beragama Islam namun kami berbuka bersama. Masa tu saya dan suami memasak untuk juadah berbuka dan seingat saya tahun itu hanya sekali saya mengunjungi bazaar ramadhan di sungai chua, kajang. Masa tu hidup pun agak susah. Hmm....namun masa itulah saya paling banyak menikmati lazatnya nikmat kesyukuran. Meskipun hanya berbuka dengan lauk ikan masin, namun rasa syukur tak terhingga kerana masih diberikan rezeki. Dan rasa bersyukur kerana mempunyai seorang kakak yang baik yang banyak membantu kami.

Puasa tahun ke-empat, saya dan suami duduk di damansara prima. Ketika itu tinggal di flat tingkat 5. Tiada lif. Hmm...jenuh juga nak nai turun. tahun itu saya memasak lauk berbuka dan sekali-sekala berkunjung ke bazaar yang tak jauh dari rumah.Pernah juga berbuka sendirian kerana ditinggalkan suami yang terpaksa outstation kerana tuntutan kerja.

Puasa tahun ke-5, hanya sempat berpuasa seminggu kerana baru habis berpantang. Masa tu baru sahaja melahirkan Mohamed Adam Shahiran kesayangan. Jenuh juga nak gantikan puasa tahun tu. Last minute pula tu. Nasib baiklah sempat habis. Pada penghujung puasa tahun itulah juga kami berpindah ke Bandar Baru Bangi ke rumah yang lebih selesa. Alhamdulillah tahun itu diberikan rezeki dari Allah. 

Puasa tahun ke-6 masih lagi di Bandar Baru Bangi. Puasa tahun ini iaitu tahun 2013, saya memang melantak tak ingat. Asyik ke bazaar ramadhan setiap petang. Memasak pun hanya masak nasi. Bile dikenang balik memang ianya sungguh memalukan . Betapa membazirnya tahun tu. Berat badan pun naik. Arrghh......sungguh memalukan. Bulan dimana kita sepatutnya belajar untuk berlapar dan dan dahaga, berjimat cermat, dan mensyukuri sekecil-kecil rezeki, kami pula membazir-bazir. Ampuni kami Ya Allah...

Puasa tahun ini sangat berbeza sekali bagiku. Hujung bulan Mei tahun ini saya dan suami membuat keuputusan yang besar untuk berhijrah kekampung halamanku di Bau, Kuching. Dan inilah kali pertama aku berpuasa di kampung. Di kampung dimana penduduk beragama Islam boleh dikira dengan jari. Setakat ini, saya memasak sendiri juadah berbuka seawak pukul 5 petang. Waktu berbuka lebih awal iaitu dalam pukul 6.50 petang. Dengan penangan el-nino, memang terasa jugalah cabarannya. Tapi Alhamdulillah, lebih tenang dan mudah kerana ada adik beradik serta orang tua serumah. Bolehlah memasak beramai-ramai. Meskipun kami tidak seagama, namun saling menghormati dan saling membantu. Tahun ini azam bulan ramadhan kami untuk lebih berjimat, lebih bersyukur. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan berkat.

Salam Ramadan  semua.




0 comments:

Post a Comment

 

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.